
MAJLIS PEMIMPIN MURID 2020/2021
About
MAJLIS PEMIMPIN MURID 2020/2021 SAINSKU adalah organisasi yang dibentuk oleh sekolah, SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING untuk membantu guru, kakitangan dan komuniti sekolah dalam pembangunan dan memimpin sekolah. Kami juga bertanggungjawab dalam meningkatkan disiplin, tingkah laku dan kesejahteraan pelajar di sekolah termasuk asrama dan sekolah.
Sehubungan dengan itu, kami juga ditugaskan untuk membantu dalam acara dengan membuat persiapan untuk acara tersebut. Ringkasnya, kami mewakili identiti dan bantuan sekolah kepada sekolah.

AKTIVITI
SAINSKUĀ 2020



SENAMROBIK
Ogos 31, 2020
Watikah Perlantikan MPM
Oktober 2, 2020
PERJUMPAAN BERSAMA MAMA LINDA
Oktober 2, 2020

ORIENTASI TINGKATAN 1 BERSAMA MPM20/21
Pada hari Rabu, 7 April 2021, pihak Majilis Pemimpin Murid 20/21 ditugaskan untuk mengendali malam sesi kenal-mengenal pelajar Tingkatan 1 yang baharu saja memasuki dunia SainsKu. Banyak aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut. Walaupun pelbagai aktiviti yang diadakan, penjarakkan sosial juga dipatuhi dan pemakaian pelitup separuh muka diwajipkan untuk mengelak penularan Covid-19.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah aktiviti āMerry-go-roundā . Bagaimana aktiviti ini dijalankan ? Pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan membuat bulatan besar manakala semua Majlis Pemimpin Murid 20/21 akan membuat satu bulatan kecil di dalam. Muzik akan dimainkan dan pelajar tingkatan 1 akan bergerak mengikut arah putaran jam manakala MPM akan bergerak lawan arah putaran jam. Apabila muzik dihentikan, semua pelajar akan berhenti dan MPM yang berada di hadapan akan memperkenalkan diri dan kemudian giliran pelajar tingkatan 1 memperkenalkan diri. Aktiviti ini merupakan sesi suai kenal MPM bersama pelajar tingkatan 1.

Kemudian, aktiviti diteruskam dengan bermain telefon rosak bersama adik-adik Tingkatan 1. Pada mulanya, semua pelajar Tingkatan 1 diminta untuk membuat satu barisan dalam kumpulan. Seorang fasilitator akan meberikan sebuah perkataan kepada pelajar yang berada di hadapan sekali. Pelajar yang pertama akan melakukan aksi yang berkaitan debgan perkataan yang diberi kepada rakannya di belakang. Pelajar akan melakukan aksi sehingga kepada rakan yang di belakang sekali. Pelajar tersebut akan meneka perkataan tersebut dan sekiranya betul, kumpulan tersebut akan mendapat satu markah.Aktiviti ini juga mengajar bahawa setiap maklumat yang diamanahkan kepada kita haruslah disampaikan dengan tepat dan tanpa campur aduk.

Tambahan pula, kami pihak MPM 20/21 juga bermain aktiviti charades. Cara bermainnya ialah setiap fasilitator di dalam kumpulan akan memberikan kertas yang tertulis jenis-jenis haiwan seperti gajah, kucing dan sebagainya. Pelajar akan diminta untuk melekatkan kertas tersebut pada dahi mereka. Pelajar-pelajar kemudiannya berbincang dalam kumpulan dan bertanya kepada ahli dalam kumpulan berkaitn perkataan yang tertulis di kertas mereka. Mereka boleh bertanya apa sahaja soalan untuk mendapatkan petunjuk . Sekiranya mereka berjaya meneka, mereka akan memenangi permainan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk bersuka ria tetapi aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka di dalam ahli kumpulan. Selain itu, aktiviti ini dapat melahirkan seorang individu yang berfikiran kritis dalam mencari petunjuk berkaitan perkataan yang ditulis.

Akhir sekali, setelah puas bermain dan meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1, aktiviti refleksi diadakan. Sukarela daripada pelajar Tingkatan 1 akan ke hadapan dan memberikan refleksi serta apa yang dapat dipelajari melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Aktiviti ini dapat melahirkan pemimpin yang berani untuk berucap di hadapan khalayak ramai.

Maka, tamatlah sesi Pelajar Tingkatan 1 bersama majlis-majlis pemimpin murid 20/21. Secara menyeluruh, pelajar Tingakatan 1 berasa gembira kerana dapat meluangkan masa serta dapat mengenali abang dan kakak MPM20/21.
MAJLIS TERTINGGI
Memimpin dan menguruskan MPM dalam program dan aktiviti yang dijalankan oleh sekolah secara rasmi dan formal. Memantau dan menasihati MPM dalam tugas dan peranan yang dilakukan oleh setiap ahli mengikut biro masing masing. Menjadi penganatara di antara guru dan pelajar.
KETUA RUMAH DAN PENOLONG KETUA RUMAH
Menjalankan tugas sebagai wakil bagi setiap rumah dan memimpin rumah dalam pelbagai aspek yang secara tidak langsungnya mampu memperbaiki dan mendorong ahli rumahĀ untuk menjadi lebih matang, berkualti dan bergiat aktifĀ Ā dalamĀ akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K. Setiap rumah diberi tanggungjawab dan merit berdasarkan aktiviti dan penglibatan yang dijalankan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K yang sekali gus mampu memupuk semangat bersaing secara sihat dan cinta akan rumah dalam aktiviti sekolah

MUHAMMAD IRFAN BIN BAIHAKIĀ
4 GAMA
KETUA RUMAH EMERALD

UMIE MARZIEHA BINTI ISMAIL
4 DELTA
PENOLONG KETUA RUMAH EMERALD

SMITH MERIBIN ANAK TONY JOE
4 DELTA
KETUA RUMAH RUBY

NUR NAJLA HIFZA BINTI NORMALIS
4 BETA
PENOLONG KETUA RUMAH RUBY

MUHAMAD ANNAS BIN NUAR
4 ALFA
KETUA RUMAH SAPPHIRE

NUR AZRINNAZ BINTI JOHAN
4 BETA
PENOLONG KETUA RUMAH SAPPHIRE

AWANG NUR HAIQAL HAKIMI BIN AWANG ZAIMIE
4 BETA
KETUA RUMAH DIAMOND

MAIZATUL KHAIRIYAH BINTI MAHRI
4 ALFA
PENOLONG KETUA RUMAH DIAMOND
BIRO NADWAH DAN KEROHANIAN
Menguruskan dan mengetuai aktiviti kerohanian pada masa yang ditetapkan di sekolah. Program kerohanian juga merupakan tanggungjawab biro ini untuk dijalankan di samping memastikan pelajar sentiasa menghadiri aktiviti kerohanian dengan niat dan cara pemakaian yang kemas.

IKHWAN FARHAN BIN MUHAMAD KAMRI
4 DELTA
ā
KETUA BIRO NADWAH DAN KEROHANIAN

SYAHFARWIZAH BINTI MOHAMMAD NASIR
4 DELTA
PENOLONG KETUA BIRO NADWAH DAN KEROHANIAN

NUR ALYAA SAFIAH BINTI FADZIL
2 ALFA
SETIAUSAHAĀ BIRO NADWAH DAN KEROHANIAN
BIRO DISIPLIN
Memantau dan memperbaiki disiplin, sahsiah dan kelengkapan pakaian murid agar sentiasa mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan oleh sekolah. Cadangan dan nasihat mengenai masalah dan salah laku pelajar akan diselesaikan dan dilaksanakan bagi memupuk dan memperbaiki disiplin dan sahsiah murid di dalam kawasan sekolah sejurus melahirkan insan yang sopan dan patuh akan peraturan

NUR 'IMAN NAJEEHA BINTI ISMAIL
4 GAMA
KETUA BIRO DISIPLIN

MASITAH BINTI YAAKOB
4 GAMA
PENOLONG KETUA BIRO DISIPLIN
BIRO 3K
Memfokuskan dan menitikberatkan aspek kebersihan, kekemasan dan keceriaan (3K) sekolah terutamanya di kelas, asrama dan fasiliti-fasiliti yang diguna dan diinapi oleh pelajar. Mengetuai program dan aktiviti pemeriksaan dan pembersihan kawasan sekolah secara berkala bagi mengekalkan suasana dan persekitaran yang bersih, kemas dan ceria di samping bebas daripada penyakit dan ketidakselesaan.

ETHANNIEL ALEXIUS ANAJK ANDERSON JACKSON
4 ALFA
KETUA BIRO 3K

DAYANG NUR ALIAH IWANI BINTI AWANG NAZRI
4 DELTA
PENOLONG KETUA BIRO 3K

NEKY VELENTINA MUSA @ ZONEY
2 ALFA
SETIAUSAHAĀ BIRO 3K
BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL
Menguruskan dan menyediakan peralatan bagi public address system (PA system) semasa majlis, program dan aktiviti sekolah diadakan secara umum seperti perhimpunan, perjumpaan dan housekeeping dijalankan di sekolah.

CHRISTOPHER KANYAN ANAK BRITT
4 ALFA
KETUA BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL

NUR AIN ADAWIYAH BINTI BARAWI
4 BETA
PENOLONG KETUAĀ BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL

MUHAMMAD NUR SYAHMIN BIN MOHAMAD SAHRIZAN
2 GAMA
SETIAUSAHA BIRO PROTOKOL DAN TEKNIKAL
BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKWa)
Membantu aktiviti menghias dan melakukan persediaan lokasi sesebuah program atau majlis diadakan. Turut juga melatih dan membina keyakinan diri pelajarĀ terutamanya pelajarĀ Tingkatan 1 dalam kehidupan di sekolah seperti persembahan.

RAYVALDO CHRIST BIN RAYMOND
4 BETA
KETUA BIRO KEKWA

NUREFARINA BINTI OTHMAN
4 BETA
PENOLNG KETUA BIRO KEKWA
BIRO PUBLISITI, PERCETAKAN DAN SERANTA
Melakukan dan menyiapkan profil dan carta organisasi MPM di samping menguruskan aktiviti percetakan dan promosi.Ā Penggambaran dan tugas merekod aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh MPM juga diuruskan bagi mendapat rekod yang sah mengenai program dan aktiviti yang dilaksanakan.

KANA ANAK RIMONG
4 GAMA
KETUAĀ PUBLISITI, PERCETAKAN DAN SERANTA

GILFRED ANAK GELBERT
4 DELTA
PENOLONG KETUAĀ BIRO PUBLISITI, PERCETAKAN DAN SERANTA

SHERRA MAXCY NIBOT
2 GAMA
SETIAUSAHAĀ BIRO PUBLISITI, PERCETAKAN DAN SERANTA
BIRO MAKANAN DAN DEWAN MAKAN
Menguruskan dan menerima pendapat daripada warden dan pelajarĀ mengenai kualiti dan kebersihan makanan dan dewan makan. Turut memastikan dewan makan bersih dan memantau waktu makan pelajarĀ agar sentiasa menepati jadual makan.

MOHAMED HABIBULLAH BIN NIZAM
4 DELTA
KETUAĀ BIRO MAKANAN DAN DEWAN MAKAN

ESTHERLYN EMALAYA ANAK JAMBA
2 ALFA
PENOLONG KETUAĀ BIRO MAKANAN DAN DEWAN MAKAN
BIRO LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR
Memastikan pelajar menghadiri kelas persediaan dan memanfaatkan masa belajar dengan aktiviti yang berfaedah bagi mempertingkatkan akademik dan perkembangan potensi pelajar. Biro ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengambil kehadiran pelajar dan memantau kemajuan pelajar.

NOR HAZIMAH BINTI OSEN
4 DELTA
KETUAĀ BIRO LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

AELIYA MASNIZA ANAK JAMEL
4 GAMA
PENOLONG KETUAĀ BIRO LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR
BIRO SUKAN DAN REKREASI
Memastikan dan menggalakan pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah yang meningkatkan kadar keaktifan dan kesihatan pelajar. Turut merancang program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkanĀ semua pelajar agar pelajar dapat beriadah dan bersukn sekurang- kurangnya dua kali dalam seminggu.

MUHAMMAD WAFIQ BIN HIP
2 GAMA
KETUAĀ BIRO SUKAN DAN REKREASI

ATRISHA LAHUNG NGAU
4 ALFA
PENOLONG KETUAĀ BIRO SUKAN DAN REKREASI
BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
Memeriksa dan mangambil berat aspek kesihatan dan kebajikan pelajar di sekolah seperti kemalangan, kecederaan atau masalah kesihatan untuk dilaporkan kepada warden bertugas. Biro ini juga menyediakan First Aid Kit dan ubat-ubatan bagi kecederaan ringan kepada pelajar mengikut preskripsi warden dan doktor.

NURUL FARAH AIN BINTI NASFU
4 ALFA
KETUA BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN

IZZUL AZMAN BIN OSMAN
2 ALFA
PENOLONG KETUAĀ BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
BIRO PENGANGKUTAN
Merekodkan dan membantu warden menempah tiket pengangkutan seperti bas dan kapal terbangĀ bagi pelajar yang tinggal di lokasi yang jauh dari sekolah. Menguruskan hal ehwal pengangkutan pelajar sekiranyan ingin pergi ke sesuatu tempat dengan alasan yang kukuh seperti menyertai pertandingan atau aktiviti.

NAJWA FARHANAH BINTI NOOR IZAM
4 DELTA
KETUAĀ BIRO PENGANGKUTAN

WAN IZZAT FAHMI BIN WAN IBRAHIM
2 GAMA
PENOLONG KETUAĀ BIRO PENGANGKUTAN

"LEADERS ARE NOT BORN, THEY'RE MADE."
Vince Lombardi
Contact Us
Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
082-642 544











